DAY 4
ISNIN 02/02/2015
Apa pulak hari ke empat ni.. Apa aktiviti iolss hari nih..
Let's check out!!
-
-
-
-
-
Hari ni kami pergi ke Taman Safari Indonesia, Cisarua Bogor
Perjalanan dari rumah Bukde dalam masa 2 jam kalau tak macet.
Masa kami pegi perjalanan okehh je..
tapi bila sampai kat puncak tu macet bangat, sebab jalan kecik kot.
Naik bukit pulak tu..
So, sangat la mencabar, hihi..tunggu dalam kereta kematu pungkok..hihihi
- Jalan Raya Puncak No. 601, Cisarua, Bogor, Jawa Barat 16750, Indonesia
- Phone: +62 251 8250000
Sumber : Google
Dalam perjalanan ke Taman Safari
Ada orang juai-juai nih,
kat Indonesia ni memang ada la depa nih menjual.
Alamakkk...juai mainan pulak.
Akmal duk depan pandang je la.hihi..
Akmal ingat pertunjukan aja.
Nasib baik... hihihi
Akmal siap angkat tangan kata taknak.
Haha..comel je.
Boleh je kalau nak beli, tapi tulah..
Beli kat sorang sepuluh mai kat kereta.
Marah lak orang belakang..
oii nak shopping ketepi la..hehehe
Masih gigih tunjuk kat Akmal.
Ni la masalahnya, dah sampai ke Taman Safari lupa nak snap gambo kt gerbangnya,
sepanjang da masuk kat pinti gerbang Taman Safari tuh ada orang jual 'wartel' iaitu Carrot, dengan pisang untuk bagi makanan dekat binatang-binatang yang berkeliaran itu.
Orang juai carrot nih pun tak amek picca sebab sebok membeli carrot.huhu.
apa pon tak boleh...
Harga Tiket :
Siang
Adult
Tempatan : Rp. 150,000
Pelancong : Rp. 300,000
Child (1- 5 Tahun)
Tempatan : Rp. 140,000
Pelancong : Rp. 250,000
Car : Rp. 15,000
Bus : Rp. 20,000
Motorcycle : Rp. 5,000
Masa ni Yanus suh kami senyap, so dapat la harga domestik.hihi..
Masa untuk pertunjukan haiwan..moh kita...
Akmal yang memula takut..
Tapi rileks je dia, tak nangis pon.
Dia excited kot.
nampak tak, jalan dia memang mencabar..hihi..
siap lalu kat ayaq weh..ni ayaq sungai yang mengalir..
Singa yang tidoq, semalam kerja overtime..hikhik
Singa lepak kat tepi jalan je.
Masa nih taqk boleh bukak tingkap, so tengok dan amek picture dalam kete je la tak bukak cermin kereta.
Kalau angpa nak bukak tingkap boleh je, risiko tanggung sendiri la kan..hihi..
sekali singa / rimau tuh terkam..abis kepala oiii...adehhh..
Tempat pertunjukan gajah.
Akmal memula seperti biasa la takot-takot, tapi bagi jugak la pisang tuh.
kami terlepas pertunjukan gajah ni.
Kena la tunggu jam 4 .30 petang nanti.
Sementara nak tunggu tu kami pon pergi ke tempat pertunjukan dolphin pulak.
Kat Taman Safari nih kalau di kira-kira memang tak cukup seharian, kena tidur semalam pon ok kot.
kat sini ada macam-macam kot, ada
Water park
Night Safari
Pertunjukan haiwan
Kami konon nak la singgah ke Water Park dia bg Akmal main ayaq, sekali kami nak ke satu pertunjukan ke satu pertunjukan je da makan masa, memang tak cukup la.
Lagipon Waterpark dia bayaq len la erk.. hihi..
Pertunjukan Coyboy.
Memang real kot bunyi pistol segala.Sakit telinga den.
Masa perunjukan Cowboy ni dorang tak bagi untuk amek Video atau gambo,
so tengok je la.
Nampak tak perigi tu? nanti mase pertengahan cerita nih dorang akan letopkan perigi tu
so nanti meletus la air..
sapa duk depan tuh memang wajib la kena. haru biru sekejap..haha..mase kiteorang tengok nih pak arab duduk depan tuh. abis la basah..hihihi
Selepas show boleh la amek picca..boleh la amek gambo dengan pelakon itu.. sekali pandang macam Achey tak?? hihi
mata iolss nih pandang mana pon tak tau..haha
Alamak... peyot Akmal cekcii la..
Ini budak sudah maynyakk suka wooo.
Tak mau lepaih da..huhu..
Rimau putih. fuhh besaq baq ang..
Ni adalah tiket untuk pegang harimau,singa,orang utan dan ular.
Empat binatang nih kecuali Orang utan harganya Rp. 20,000
Orang Utan Rp. 25,000
Lebih kurang RM7 je pon.
sangat-sangat la berbaloi kan?
Harga nih untuk Seorang ye.
Budak pun harga sama, tapi mase nih kami tak bayar untuk Akmal sebab Akmal kami pangku dia.
Masa ni Akmal boleh tepuk-tepuk plak rimau putih nih.
Rimau nih masih baby okeh..Boleh la belai-belai.. kalau da dewasa?? angpa ghasa??????? hihi
Kalau nak tengok Video kat instagram iolss
Kononnya nak amek gambo dengan harimau dan snake,ingatkan ular tu kat tempat situ sekali,
sekalinya ular kat tempat lain.
Last-last amek la gambo dengan harimau putih tuh.
Lalu sebelah je..hahaha..Berkaca ilek la oiii...kehkeh
Kanggaroo
Pegrakkk sat, tak penah jumpa kan..hihi.. nak kne p Australia baru jumpa..hihi
Singa yang masih baby
Tak de la rambut gerbang-gerbang.. hihi
Tengok orang utan tuh, elokk je landing die.
Mase nih dia duk sebelah pokok nuh,..nampak kami nak amek gambo die pon jalan ke kiteorang pastu landing kat situ
konon boleh la dapat pose yang terbaik kan... adehhh macam-macam la..
tangan ke bahu mata ke atas.. hahahaha
Mase nih pertunjukan last gajah sebelon depa tutup Taman Safari nih.
Kami beli T-Shirt yang dilukis oleh Gajah tuh yang dijual dengan harga Rp.100,000
tu yang dapat pakai bunga gajah tu bagi.
Akmal tak takut, Ibu dia yang gelabah..hahahaha
Baru ada masa nak makan..huhuh mase nih jam 5 petang waktu tempatan.
Da sunyi.
Sampai rumah Bukde dalam jam 9 malam.
Kami terus ke kedai mencari bakso kononnya.
Sekali pergi ke kedai bakso tuh da tutup..soooooooo sad..
Next destination kedai satay padang.
Satay Padang.. nyummehhh
Juice Durian Belanda
Pekat likat...nyummehhh jugak.. :)
Juice manggo. Ko ghaserrrr?????
Memang enak amatttt wehhhh...
Kedai nih tak jauh dari rumah Bukde.
Kami jalan kaki je.
Balik dari makan, mandi.
Pengsan terus sebab esok cadangnya nak ke Anchol :)
Kami pergi kedai satay padang nih tak bawak Akmal sebab Akmal sudah pengsan.
angkat ke bilik tak sedaq da.
Kami balik pn die masih di kedudukan yang sama..
Okay... NEXT !!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment